Ramai yang mengetahui tentang kewujudan Selera laman Perdana yang terletak di tengah-tengah laluan menghala ke Dataran Putra. Umum juga yang tertarik dengan pemandangan yang memukau dengan warna warni lampu yang menyuluh terang Masjid Putra yang tersegam indah di hadapan sambil asyik menikmati hidangan seperti sate.
Ia sebenarnya tidak berakhir disitu. Perbadanan Putrajaya di bawah Bahagian Komersial, Pengembangan Perniagaan dan Perlesenan Jabatan Perkhidmatan Bandar bersama Kelab Belia Komuniti Putrajaya atau KBKP telah bekerjasama dalam usaha membuka peluang perniagaan khusus untuk para peniaga yang menetap di Putrajaya.
Program ini selain dari memberi peluang mengembangkan perniagaan secara kecil kecilan hasrat yang dizahirkan juga amat jelas iaitu ingin membantu khusunya golongan belia di Putrajaya yang berminat untuk berniaga. Pihak pengurusan menyediakan tapak perniagaan dengan kadar sewa yang sangat berpatutan.
Dalam pada itu, pihak KBKP sedang berusaha untuk mencari kumpulan-kumpulan pemuzik seperti street busker atau street performing group untuk membuat persembahan secara terbuka selain dapat mengembangkan bakat sendiri dan mencari peluang baru yang disediakan. Kelebihan adalah untuk kumpulan muda dari Putrajaya sebelum ia diberi kepada pemuzik atau penghibur daripada luar. Pihak KBKP dan Perbadanan tidak mengenepikan komuniti setempat dalam membuka segala jenis ruang seiring dengan seruan kerajaan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Di Utamakan.
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan boleh terus berhubung melalui facebook atau twitter.