Tuesday 9 April 2013

Sukarelawan Belia Parlimen Putrajaya P125

Kami menjemput semua belia² di Putrajaya khususnya untuk bersama KBKP dan Barisan Nasional di Parlimen Putrajaya P125 sebagai sukarelawan sepanjang tempoh berkempen untuk PRU ke 13 ini.

Hantarkan maklumat diri seperti nama, no telefon, no i/c & email kepada admin.

Kami memerlukan anda untuk bersama-sama mempertahankan Putrajaya dari dicemari dengan anasir-anasir luar yang cuba menggugat keharmonian yang telah disemai sekian lama.

Ayuh kita buktikan pada mereka bahawa Putrajaya menolak ideologi bersifat cauvinis, memperlekehkan agama & menolak secara terang perlakuan sumbang.

Sunday 7 April 2013

Aktiviti di Bazaar Laman Perdana

Baru-baru ini pihak Jawatankuasa Tertinggi KBKP yang diketuai sendiri oleh Saudara Presiden En Ahmad Faisal Abdul Karim telah menghadiri mesyuarat penyelarasan bazaar laman perdana yang turut disertai oleh wakil daripada Tekun Nasional cawangan Putrajaya dan wakil persatuan peniaga-peniaga Putrajaya. Dalam perbincangan tersebut, banyak perkara yang telahpun disentuh dan keputusan sebulat suara dicapai.

Sebagai salah satu langkah dalam usaha penjenamaan semula KBKP telah merancang beberapa aktiviti yang dijangka akan menarik minat komuniti di Putrajaya khususnya dan kawasan sekitar Putrajaya.